
Panduan Ringkas Claim Insurans Cermin Kereta 🚗✨
Tahukah anda, cermin kereta adalah antara bahagian paling mudah rosak – batu kecil pun boleh buat retak panjang. Sebab itu masa renew insurans, ramai disarankan tambah perlindungan cermin kereta (windscreen coverage).
Kalau ada perlindungan ni, anda tak perlu risau sebab kos ganti cermin akan ditanggung insurans dan NCD anda kekal selamat. Biasanya premium tambahan hanya sekitar 15% daripada harga cermin. Contoh: kalau kos cermin RM800, premium perlindungan sekitar RM120 sahaja untuk setahun.
👉 Tapi ingat, perlindungan ni hanya boleh digunakan sekali sahaja sepanjang tempoh polisi.
Cara Claim Insurans Cermin Kereta (Step by Step)
Bawa ke bengkel panel
Terus hantar kereta ke bengkel panel insurans. Kalau tak pasti lokasi, hubungi hotline insurans untuk senarai bengkel sah.Isi borang tuntutan
Bagitahu pekerja bengkel yang anda nak claim insurans. Mereka akan beri borang untuk diisi.Proses pembaikan
Bengkel akan baiki atau tukar cermin. Anda boleh terus tunggu, biasanya siap dalam masa singkat.Kos ditanggung insurans
Tak perlu keluar duit sendiri. Insurans bayar terus kepada bengkel termasuk kos buruh.Sediakan dokumen asas
Biasanya bengkel akan urus dengan pihak insurans, anda cuma perlu sediakan:Salinan IC pemilik kenderaan
Lesen memandu
Salinan geran kereta
Nota perlindungan insurans
NCD Hilang atau Tidak?
Ada perlindungan cermin: NCD anda tak hilang.
Tiada perlindungan cermin: NCD anda akan reset ke 0%, jadi tahun depan premium jadi lebih mahal.
Kenapa Penting Pilih Jumlah Perlindungan Yang Tepat?
Terlalu tinggi: Anda bayar premium lebih, membazir.
Terlalu rendah: Kalau kos cermin lebih mahal dari jumlah perlindungan, anda kena tambah duit sendiri.
Kesimpulan
Claim insurans cermin kereta sebenarnya mudah sangat sebab bengkel panel akan uruskan hampir semua. Yang penting, pastikan anda tambah perlindungan cermin masa renew insurans supaya tak pening kepala bila retak atau pecah nanti.